Monday, October 25, 2010

Relationships.

Humans are essentially social beings.As countless novels,films,songs,plays and poems testify,our ultimate happiness and despair is founded in relationships.Satisfaction at work,at play and in family life depends largely on the quality of our friendships and loves.

We experience a large number of relationship in our lives.For many of us,the most important ones will be those wiht our parents and other close relatives.As we grow up,other relationships become important.We make friends,we go to work,we have romantic liaisons,all of these everyday life events involve interpersonal interactions which greatly influence the quality of our lives.We will start by considering affiliation,our basic need to associate with others and then turn our attention to some specific relationships that are likely to be of significance to us.

Friends are people we like and with whom we enjoy doing things.The well known saying,'you can choose your friends but you cannot choose your family',reflects the fact that,unlike kinship,friendship is entirely voluntary.Friendship is universal.As people grow older and marry,friendship becomes less central to their lives and not as close.

The loss of an important relationship is one of the most stressful events in life and has a serious effect on both our physical and mental health.Events likethe death of a close family members or friend are one of the main causes of depression.The effects of divorce are not quite the the same for men and women.Although it is likely to increase depression in men,women often become less depressed once a stressful relationship is terminated,sience they are likely to seek out and obtain a great deal of social support from other relationships,namely from family and friends.

Rule for frienship.

Volunteer help in times of need
Seek to repay debts,favours and compliments
Show emotional support
Be tolerant of each other's friends.

Thursday, October 14, 2010

Matlamat Untuk Berjaya.

Salam untuk semua.

Hampir 80% pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya ? Tanpa matlamat hidup anda sia-sia, tanpa matlamat juga masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari.
       Memang benar, imaginasi dan impian itu lebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. Ini kerana impian akan mendorong tindakan seseorang. Impian juga akan mencetus kegigihan. Impian yang bersungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
       Sedarkah anda bahawa terdapat begitu ramai orang yang gagal dalam hidup mereka pada hari ini sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan mereka. Misalnya sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang cuci, cuba anda tanya padanya apakah dia tahu seandainya ketika dibangku sekolah dahulu dia belajar dengan tekun, pastinya hari ini mungkin dia bergelar doktor ? apa agaknya jawapannya ? Pasti dia menyatakan bahawa dia tahu hal itu.
       Inilah bukti bahawa seseorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati dengan hidupnya sekarang ? Ini masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak mempunyai matlamat dan tidak memiliki inspirasi yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
       Selepas ini, tenangkan fikiran anda dan fikirkan soalan-soalan ini :
1. Apa yang aku mahukan dalam hidup ini ?
2. Bila aku mahukannya ?
3. Kenapa aku mahukannya ?
4. Bagaimana aku boleh mendapatkannya ?

Terima kasih

Let It Be

 

Monday, September 27, 2010

Tanya Diri Sendiri

Salam untuk semua.

Aidil fitri datang dan pergi.Hingga kini ia masih dihati.Ikhlas atau tidak kemaafan, tidak pula kita duga dan senyuman yang dilemparkan adakah terpaksa...!

Ikhlas adalah penting.Tampa keikhlasan,kita akan tersasar jauh daripada tujuan.

Cuba kita imbas kembali,sejauh mana keikhlasan kita selama ini...adakah ia berada ditahap yang sebaiknya
atau sebaliknya.
Samapi bila kita mesti bermuka muka...
Sampai bila kita harus mempersiakan keikhlasan
didalam hidup kita.

Yang muda sibuk dengan keinginan cepat dewasa dan yang tua hanya memikirkan
masalah semasa.
Sampai bila...
Tahukah yang muda tidak akan tetap muda...
adakah sudah bersedia untuk melangkah masuk kancah dunia dewasa...
adakah hanya cukup modal cinta untuk berumahtangga...
adakah hanya cukup kertas kertas sijil/diploma/ijazah untuk ditaja menjana kerja...
adakah hanya cukup paras rupa...
adakah hanya cukup disara oleh keluarga sampai bila bila...

Bagi yang tua,hanya sibuk dengan masalahnya hingga terlupa tanggungjawab sebagai ibubapa.
Masalah disiplin dan sosial anak anak bermula dari rumah dan bukan menunding jari pada sesiapa.
Sanggupkah kita melihat pembuangan bagi merata rata disebabkan oleh ibubapa yang lalai dengan tanggungjawab mereka.

Sayangkan anak bukan bermaksud biarkan mereka buat ikut suka.
Sayangkan anak bukan bermaksud belikan apa yang diminta.
Sayangkan anak bukan bermaksud dibelai hingga terlalu manja.

Semalam tidak akan sama hari ini atau esok tetapi buatkan semalam sebagai ikhtibar dan kurangkan
kesilapan untuk terus hidup.


Seribu satu macam dugaan akan mendatang tampa diduga...,
adakah kita sudah bersedia untuk mengharunginya...

Oleh itu lengkapkan jatidiri,lebih fokas,bertanggungjawab,kuat berusaha dan jangan lupa diri....

Salam untuk semua.

Let It Be.

Sunday, September 12, 2010

Epilog selepas Aidilfitri

Salam sejahtera dan salam satu malaysia.

       Kemeriahan aidilfitri yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam telah pun kita lalui setelah sebulan berpuasa menahan lapar dahaga. Pelbagai kenangan, pengalaman dilalui oleh kita sebelum menyambut takbir dipagi raya, menyimpan sejuta memori indah, sedih, pilu, gembira bercampur aduk menjadi epilog dalam perjalanan kita menuju ke alam yang kekal abadi. Namun apapun cara kita meraikan hari kemenangan kita, apa yang seharusnya ada dijiwa seluruh umat Islam ialah keinsafan betapa agungnya kekuasaan Allah sehingga setiap umat Islam merasakan kegembiraan apabila takbir bergema.
       Hari ini hari keempat aidilfitri menjenguk kita. Kemeriahan sudah semakin pudar, hilang seri setelah tanggungjawab tugas mula menggamit kita kembali pulang ke kota menjalani kehidupan seperti biasa dengan rutin yang telah kita cipta. Baju raya, biskut raya menjadi tetamu di pejabat-pejabat pula dengan pelbagai warna dan rasa. Perbualan satu topik kepada satu topik tentang raya di kampung menjadi agenda utama di meja-meja pejabat sehingga terlupa kertas-kertas yang belum difotostat.Masih mood raya ! Mencari-cari, mendengar-dengar di mana ada rumah terbuka, dapat makan percuma jimat duit makan satu hari. Apalagi poket dah semakin nipis, habis buat belanja sebelum raya dan angpau anak-anak buah di kampung.
       Epilog perjalanan selepas aidilfitri menjadi semakin sukar jikalau kita tidak beringat ketika berbelanja sebelum menyambut aidilfitri. Namun kepada yang terlebih dahulu bijak menyusun atur bajet, tidak menjadi masalah walaupun sebulan beraya. namun hari ini masyarakat kita memang semakin bijak berbelanja, tahu mana barang keperluan dan mana barang kemewahan. Tetapi apa yang dikesalkan, satu perkara yang tidak dapat dirancang dengan baik oleh masyarakat kita ialah apabila masuk bab makan. Terlalu membazir !Inilah yang tidak dapat dikawal bermula bulan puasa hinggalah raya. Makanan yang disediakan seolah-olah untuk dimakan beratus-ratus orang. Sampai bila kesedaran akan timbul masih perlu diberi perhatian.
       Demikianlah sekelumit bagaimana epilog perjalanan selepas aidilfitri yang dilalui oleh ,masing-masing mengikut apa yang kita cipta sendiri sebelum raya. Apa yang perlu ialah kesederhanaan dalam apa yang jua yang kita lakukan agar dirahmati Allah dan diberkati walau apapun yang kita lakukan.

Terima kasih.


Let It Be.

Sunday, September 5, 2010

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

Asalamualaikum dan salam aidilfitri

       Hari raya aidilfitri datang lagi. Hanya tinggal empat hari lagi seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan kita setelah berpuasa sebulan. Syawal datang lagi meninggalkan ramadhan yang mulia. Ramadhan bulan untuk beribadat dan syawal bulan untuk beraya. Bermakna kita akan meninggalkan satu pengalaman yang mencatat seribu satu macam kelainan biarpun ibadat puasa tidak pernah lupa menjenguk kita setiap tahun. Puasa pada tahun ini pasti berbeza dengan puasa tahun-tahun lepas, ada suka-duka yang kemudiannya menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup kita.
       Hari raya sinonim dengan kegembiraan. Keseronokan raya semakin dirasai terutama kanak-kanak. Walaupun orang dewasa sibuk membeli-belah untuk hari raya, namun boleh dikatakan kepuasan untuk orang dewasa adalah kejayaan menyempurnakan ibadah puasa sebulan. Ini kerana kita tidak tahu adakah tahun depan kita masih dapat merasai berpuasa. Justeru berakhirnya Ramadhan sewajarnya dirai dan diratapi.
       Kemeriahan dalam sepuluh malam sebelum berakhirnya Ramadhan diserikan lagi dengan malam tujuh likur. Selain sepuluh malam ini,  menuntut kita mempertingkat amalan ibadah , tujuh likur juga harus diraikan. Teringat sewaktu kecil, suasana kampung akan terang benderang dengan cahaya lampu likur yang dipasang oleh setiap rumah.Kanak-kanak bergembira, bermain bunga api, orang-orang perempuan pula sibuk buat kuih bahulu, batang buruk, bangkit  yang kini menjadi sebutan " kuih eksotik " oleh generasi muda sekarang. Dan kini, tujuh likur tidak lagi diraikan. Keriangan itu berlalu pergi bersama kesibukan dan terangnya lampu-lampu neon sepanjang jalan. Generasi muda kini tidak lagi tahu apa itu pelita likur. Terang cahaya bulan pun kini dilitupi oleh kuatnya cahaya lampu KLCC. Suatu pengalaman hidup yang tidak dapat dirasai oleh anak cucu kita, walaupun pengalaman kita diceritakan kepada mereka, namun mereka tidak akan dapat merealisasikan dalam kehidupan .
       Menyambut raya bukan bermakna kita harus berbelanja lebih. Tidak semestinya untuk menyambut raya kita harus menyediakan segala yang baru termasuk pakaian, perabot, kereta, rumah dan sebagainya. Namun, itulah anggapan yang ada dalam sanubari setiap insan yang akan menyambut raya. Harus belanja untuk raya. Berbelanja memang digalakkan di samping dapat menjana ekonomi negara, tetapi bagi yang kurang kemampuan haruslah berpijak di bumi yang nyata dan tahu adakah mereka harus berbelanja atau tidak. Sindrom untuk bergaya apabila balik kampung sangat berbahaya. Kesedaran ini masih berada pada tahap rendah untuk masyarakat kita kerana bagi mereka balik kampung untuk raya mesti bergaya. Tidak kira apapun cara yang penting bergaya. Sebaiknya perkara ini diberi perhatian dan harus kita ingat bahawa hari raya yang paling dituntut ialah bermaaf-maafan sesama kita dan saling kunjung mengunjungi.
      Marilah kita menyambut hari raya aidilfitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan betapa kita begitu kerdil di sisi Allah Azzawajala. Itulah kunci bagaimana untuk kita menjadi insan yang serba sederhana dalam hidup ini. Sambutlah hari raya kerana itu memang dituntut dalam Islam tetapi bersederhanalah kerana itulah nikmat menyambut raya. Salam takzim penuh keinsafan untuk semua. Ampun maaf zahir dan batin .
Selamat Hari Raya Aidil Fitri ! Allahuakhbar ! Allahuakbar ! Allahuakhbar


Terima kasih.
        

Monday, August 30, 2010

Dirgahayu Malaysiaku ke 53

Asalamualaikum, salam 1 Malaysia !

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Laungan keramat pagi ini bergema lagi. Fajar menyinsing memancarkan suria kegemilangan  yang kita kecapi selama 53 tahun. Terima kasih, salam takzim untuk bapa-bapa dan ibu-ibu pertiwi yang kerana keringat, jasa, pengorbanan kita berdiri kukuh di sini, rumah kita Malaysia !.
        53 tahun, sepanjang perjalanan mencatat beribu sejarah, peristiwa yang harus kita kenang, kita renungkan sebagai azimat, panduan dan iltizam kita agar kemerdekaan ini terpelihara sampai bila-bila. Kemajuan negara yang kita kecapi hari ini tidak mungkin menjadi kenyataan andai kata kita tidak tahu bagaimana untuk mengisi erti merdeka ini. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, kita bangga, terharu betapa hari ini kita lihat bangsa kita bersama-sama membangunkan Malaysia tanpa mengira asal keturunan. Inilah hasil didikan pemimpin-pemimpin terdahulu yang tidak boleh kita abaikan. Terima kasih untuk pemimpin-pemimpin kita terdahulu, sesungguhnya jasa pengorbanan anda sungguh besar nilainya.
       Hari ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama teruskan derap langkah kita untuk mengecapi kejayaan di bumi kita ini Malaysia. Jangan kita terlalai membiarkan sesuatu yang boleh mengganggu-gugat apa yang kita kecapi hari ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh ! jangan sesekali kita berpecah, walau badai melanda, pantai tetap tidak berubah.
       1 Malaysia, jangan hanya dibibir, biar ia mengalir seiringan helaan nafas kita setiap saat, menjadi karsa yang mengisi belikat kita, menjadi semangat hidup kita sampai bila-bila.

Terima kasih

" Let It Be "

Ambang 53 Malaysia Merdeka.

SALAM MERDEKA


Berapa jam lagi,kita akan ke era baru,Merdeka. Tetapi,sejauh mana masyarakat kita,menghayati semangat kemerdekaan.Tidak di nafikan,kelunturan keperibadian memahami erti kemerdekaan,nyata terserlah.Tidak hairan jika masih ada yang tidak tahu langsung,apa itu Hari Kemerdekaan.Yang muda hanya tahu mengheret Jalur Gemilang,kehulu ke hilir,dengan bermotor,gairah,mengibarkan nya tetapi keesokan harinya mereka tak peduli,dijauh sana,mereka membakar Jalur Gemilang....! Adakah masyarakat kita hilang punca di tanahair sendiri...? Mengapa terjadi begini...? Jatidiri pada tanahair kelahiran kita pudar. Mana silapnya....


Jika mencari kesilapan,memang mudah tetapi sejauh mana jawapan diistilahkan kapada realiti...
Malaysia berbagai kaum.Memperbagaikan kesamarataan bukan mudah.Ibu dan ayah kita juga pernah hanya memberi perhatian kapada adek atau kakak tapi bukan kita.Kenapa...?


Budaya pandang mata sebelah amat merbahaya.Kenyataan yang di lihat tidak serupa.Oleh itu,cuba musabahdiri.Didalam diri kita masih banyak kelemahan tetapi jika kita dapat memehami kenyataan,kejayaan mengejar kita.


Harapan saya,kefahaman sivik,perlu dititik beratkan didalam budaya kita rakyat Malaysia.


Salam Merdeka





Thursday, August 26, 2010

masalah sosial - buang bayi.

Salam Ramadhan.

Pada akhir2 ini,kes pembuangan bayi terjadi.Apa kah sebabnya dan bagaimana mengatasinya.Banyak di perkatakan.Mahu pun dalam seminar,perbincangan atau pendapat2 daripada berbagai.Namun kes tersebut tetap berlaku.
Disini saya cadangkan beberapa langkah kearah penyelesaian.
1.Sistem pendidikan terutama module mata pelajaran sivik perlu digubal daripada peringkat sekolah rendah hinggalah diuniversiti.Terapkan module akibat daripada masalah sosial.Letakkan mata pelajaran tersebut kapada mata pelajaran teras.
2.Semua mata pelajaran agama mahu pun pendidikan moral [bagi bukan umat islam ],perlu lebih menitik beratkan akibat buruk daripada masalah sosial.
3.Adakan kelas atau pendidikad formal untuk semua keluarga [ibubapa ] bertujuan memberi pendedahan betapa malunya jika terjadi masalah tersebut kapada mereka dan bagaimana mengatasi nya
4.Semua NGO mahu pun parti2 politik mencari jalan menghuraikan masalah tersebut bukan hanya pandai berpolitik saja.
5.Ujudkan satu kumpulan penggerak diperingkat kampung [sebagai mata dan teling].Bertindak sebelum terjadinya kes2 saumpama ini.
6.Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kapada ibubapa yang tidak mengawal tingkah laku anak2.
7.Guru pembimbing [kalau dulu dipangil kaunselor],perlu lebih proaktif didalam menangani masalah tersebut.
Adakan pameran2 kesen kes tersebut.Dari sudut sekolah,guru tersebut perlu banyak maklumat dibincangkan dengan para pelajar.Seharusnya guru tersebut menyediakan profile semua pelajar.Adakan group dan individual kaunseling kapada setiap pelajar,setiap tahun,bagi mengetahui latarbelakang pelajar.Janganlah hendahnya guru kaunseling berpeluk tubuh dan hanya menyedari kes tersebut sudah terjadi pada pelajar mereka.Guru kaunseling perlu memahami apa itu tugas sebagai kaunselor....
8.Pihak kementerian pelajaran mahu pun kementerian pengajian tinggi perlu melantik bekas anggota tentera atau polis untuk dilantik sebagai guru disiplin.Mereka ini adalah dikalangan yang terlatih disiplinnya.
9.Pihak Polis,kementerian kebajikan masyarakat mahu pun NGO,perlu memberi ceramah disekolah-sekolah mahu pun diuniversiti,risiko masalah sosial.

Mungkin banyak lagi cara yang proaktif perlu digembeling bagi mengatasi masalah tersebut.

Akhir kata,sentiasa ambil tahu dan perhatikan tingkah laku anak2.Anak2 jika dibiarkan tampa pengawasan ibubapa,anak2 kita akan jadi saperti anak ayam mati emak.

Sama samalah kita mengambil ikhtibar.

Terima kasih.

Salam.

53 Tahun Malaysia Merdeka.

Salam untuk semua pembaca.
Tidak berapa hari lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53tahun.
Tetapi dirasakan makin lama makin pudar semangat kemerdekaan itu sendiri.Ia mungkin
disebabkan masyarakat kita terlampau sibuk memikirkan perjalanan hidup semas.

Untuk mencari jalan penyelesaian,saya berpendapat,pertama,institusi rumahtangga perlu bertanggung jawab mendidik dan mengawari anak2.Tetapi,terlebih dahulu ibubapa perlu menunjukan contoh yang baik kepada anak2.
Kedua..pendidikan sivik perlu dijadikan mata pelajaran utama.Dimana module yang lebih fokas menerangkan adat resam budaya dan agama yang terdiri daripada berbagai kaum di Malaysia kepada pelajar.Sivik bukan sahaja diajar disekolah malah hingga keperingkat universiti.
Ketiga..NGO perlu mainkan peranan membantu usaha menerap dan memahami daripada mana kita merdeka dan bagai mana dan siapa dibelakang kemerdekaan itu.
Diharapkan,janganlah kita lupa,bagaimana kejatuhan kemasyuran negeri Melaka zaman dulu.Janganlah kita menjadi pendatang haram dibumi kita.
terima kasih.