Thursday, May 16, 2013

Selamat sejahtera semua.

PRU-13 telah berlalu.Keputusan PRU-13 telah diketahui.Kabinet telah dibentuk.Dan sekarang bermulalah tugas dan tanggungjawab selama 5 tahun.Tugasan pertama adalah menyusun fomula berkesan kearah perpaduan nasional.Ia bermula daripada serendah pra sekolah hingga tahap universiti dimana subjek SIVIK
perlu menjadi salah satu subjek utama disemua peringkat dan dikemaskini. Begitu juga dengan subjuk sejarah perlu dititik beratkan.Tampa memahami sejarah negara sendiri,masyarakat akan kabur dan mudah terjerumus kepada anasir yang merosakkan bangsa dan negara.Sudah sampai masanya genarasi sekarang memahami sejarah kelahiran Malaysia.Kita hanya sebuah negara yang muda tidak seperti Amerika atau negara barat.Sudah pasti dengan usia muda,berbagai masalah timbul tetapi Malaysia mampu menangani apa jua masalah dengan jayanya.

Didalam kita ghairah menunaikan janji yang ditabur pada PRU-13,jangan lupa,sasaran utama kita adalah pembangunan belia.Bukan setakat sukan sahaja malah pembangunan mental dan fisikal perlu diutamakan pada belia kita.Gerakkan semua persatuan belia yang ada.Selaraskn objektif yang diatur.Pantau semua persatuan. Jangan sampai ada nama tapi tiada ahli dan aktiviti.Ini adalah penyakit kebanyakkan persatuan diMalaysia.Kebanyakan tak terurus.Untuk itu dicadangkan penubuhan Unit Pemantau Persatuan.Dimana unit ini bertindak memberi panduan semasa mengurus persatuan.Unit ini saolah olah unit seketeriat bergerak memantau perjalanan persatuan.Jika ini dapat adakan kenyataan,percayalah,kebanyakan masalah persatuan yang dapat diatasi dan bergerak mengikut landasan.

Jembori tahunan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah hinggalah  kepada tahap belia.Setahun sekali berkumpul dan beriadah.Sematkan bibit motavasi kehidupan pada mereka.Saya percaya mereka ini akan merasa bersemangat lagi untuk meneruskan kehidupan.Oleh itu kepada mereka yang bijak pandai,mulakan usaha anda daripada sekarang untuk membentuk negara bangsa yang kuat jatidiri terhadap diri dan negara.

Untuk ini,sekali lagi diucapkan takniah kepada semua menteri kabinet terutama kapada YB KJ yang akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.Berkhidmatlah saikhlasnya untuk bangsa agama dan negara.