Tuesday, May 3, 2011

DIMANA KITA SEKARANG.......?

Salam sejahtera.

April baru saja meninggalkan kita.Berbagai yang telah dilalui.Suka duka perkara biasa tetapi adakah kita mampu mengharungi gelumbang hidup yang sentiasa menuntut ketabahan untuk terus hidup.....? Cuba kita lihat disekeliling kita,adakah kita cuma memadai apa yang kita ada....? atau banyak lagi yang mesti diusahakan....?

 Tiada siapa yang ingin hidup susah didalam dunia ini.Semua orang kehendakkan kesenangan.Kadang kadang terlampau mengejar kesenangan,manusia sanggup lakukan apa saja.Tidak hairanlah jika terdampar dimuka akhbar,berita berita rompakan,pembunuhan,rasuah,penipuan dan berbagai masalah sosial didalam masyarakat kita.

 Dimanakah silapnya...

Kenapa kita selalu salahkan orang lain....jika terjadi sesuatu yang buruk menimpa kita... Kenapa tidak menyalahkan diri sendiri dahulu daripada terus menunding jari pada orang lain dan terus melinting. Kesabaran terhakis oleh kemarahan.Pada ketika itu semua orang tak betul.Hanya kita saja yang benar.Itulah yang terjadi kepada gulungan yang kurang jatidiri,

Bermula dari rumah....

Segala galanya bermula daripada rumah.Bapa menjadi contoh kepada anak anak.Jika bapa tidak menunjukkann sifat yang baik kepada anak anak dan hanya mengharapkan pihak sekolah.....pasti masalah akan timbul.Kalau tidak masalah pelajaran,masalah sosial pula akan timbul, Ramai yang menyalahkan pihak sekolah jika anaknya gagal didalam pelajaran.Tidak hairan terdapat penjaga yang inginkan anaknya bersekolah pilihan mereka..
Tetapi,sekolah semua sama cuma mungkin berbagai keperluan berbeza.Asasnya,usaha yang berterusan. bukan pilih sekolah.Pencapaian yang cermerlang tampa usaha berterusan akan memalapkan lorong kejayaan  hidup,Kejayaan hidup bukan sekadar hanya memiliki segulung ijazah.Ia merti bersama displin yang tinggi,ketepatan dan kepantasan menyelesaikan masalah dan memiliki kesabaran dan ketabahan.

Masyarakat yang berjaya....

Pendidikan adalah salah satu daripada asas pembangunan masyarakat.Sebab itu terdapat berbagai peluang melanjutkan pelajaran diperbagai peringkat .Pendidikan yang menjana kerjaya yang selesa melangsungkan tanggung jawab keluarga bahagia.Tetapi melahirkan masyarakat yang berjaya,bukan mudah.Toleransi yang tinggi adalah dituntut.Menghormati dan memahami budaya dan juga agama satu sama lain adalah perlu. Mengenali sejarah bangsa adalah penting.Kerjasama antara satu sama lain didalam masyarakat adalah dinding keutuhan bermasyarakat.Tampa kerjasama,masyarakat akan pincang.

Dimana silapnya....

Sampai masanya matapelajaran " MALAYSIAN STUDIES" ( terdiri daripada subjek,geografi dan sejarah Malaysia dan juga subjek sivik ) dijadikan matapelajaran teras begi semua peringkat hinggakan ke institut pengajian tinggi.Dengan modul yang sesuai pasti genarasi akan datang lebih memahami dan menyayangi  diri sendiri,keluarga,bangsa dan agama serta negara.
Bagi mendisplinkan pelajar,kerajaan perlu mengambil bekas tentera dan melantik mereka sebagai guru displin
Tentera yang akan menamatkan perkhidmatan akan diberi kursus khas mendisplinkan pelajar dan setelah itu ditempatkan di setiap sekolah dilantik sebagai guru displin, Disini,pihak kerajaan tidak payah membelanjakan belanjawan tambahan untuk tujuan itu.Dengan kehadiran guru displin yang dicadangkan tadi masalah displin pelajar akan dapat perbaiki berdasarkan pengalaman bekas bekas anggota tadi.Bukan itu sahaja,peluang sebegini akan menaiktaraf ekonomi bekas anggota dan bukan hanya bakal menjadi pengawal keselamatan sahaja.
Bagi membetukan perana guru kaunseling,ia perlu dilantik pada mereka(guru) telah melalui pepereksaan STPM.Kekurangan maklumat  tentang tingkatan enam maka kebanyakan guru kaunseling yang ada sekarang tidak dapat menilai betapa baiknya melalui tingkanan enam.Disini penuntut lebih matang dan bersedia mengharungi alam pembelajaran di universiti nanti.Tidak hairan jika terdapat penuntut masih kabur memilih jurusan mahu pun universiti yang diidamkan kerana guru kaunseling pun ada yang kabur dengan tugasnya.

Menjelang separuh tahun 2011....

Didalam sibuk memperbetulkan  dan mengurangkan kesilapan yang berterusan,diam tak diam kita menghampiri enam bulan kedua untuk tahun ini.Kos hidup makin bertambah.Yang turun hanya hujan tapi kadang kadang tak hujan pun.Masyarakat mula mengeluh dan seharusnya pemimpin mencari jalan sepaya keluhan masyarakat di ambil kira.Keputusan pilihan raya mencerminkan keluhan masyarakat dan ingat,yang pasti pilihanraya umum ke 13 menjelang tiba.Parti manakan menjadi pilihan masyarakat.Yang pasti pemilihan bukan berlandaskan emosional tapi merit.Diharapkan jangan terjadi menang sorak kampung tergadai.

Hingga dilain edisi,
Salam sejahtera untuk semua.