Monday, July 15, 2013

Salam untuk semua.

Setelah PRU 13 selesai ada pulak yang tidak terima hakikat keputusan PRU 13.Berbagai cara yang mereka lakukan.Konon kononnya keputusan terseetakalabut tidak sah.Pening kepala SPR.TETAPI yang peliknya,tetakala sidang DUN atau PARLIMEN,mereka yang tidak menerima kepitusan PRU 13 berada didalam dewan.INI benar benar SANDIWARA.

Apa dah jadi ANWAR...! Tak tau malu ke..?

KIta lupa kan Anwar.Siapa dia..? Kaki...!

Lebih baik kita cerita pasal KJ.
Syabas KJ.Tegas mesti tegas.Hapuskan kuman yang menularm bara pada sukan kita.Sampai masanya kita kena berubakanh.Tetapi yang jadi misterin adunia sukan diMalaysia ni,adalah ego oleh pemimpin badan sukan itu sendiri.Ini adalah agenda KJ untuk menyelesaikan banyak masalah persatuan suaannykan terutama FAM...!

Biar KJ dengan tugas tuganya Najasnya,tetapi bagaimana dengan isu ROGOL...?
Nampaknya NAJIB terpaksa berusaha lebih.

Kerja lebih,kerja lebih gak TETAPI fikirkan hari raya akan menjelma.Harga barangan naik mendadak.Apa dah jadi..! Hi...macam ni,susahlah...

Susah bila nilai ringgit didalam poket amat rendah....gawat...sunami...!

Cerita pasal gawat,sekarang di KUALA BESUT,akan menerima wakil rakyat yang baru.GAWAT...! Perang postar,Diharap pengundi  Kuala Besut,jangan tersalah pilih calun..
Nak ke pilih parti yang bercelaru dengan telatah saperti PAS....?

Katakanlah BN menang pada pilihanraya Kuala Besut.Tetapi ia tak habis disini kerana tak lama lama lagi,UMNO akan mengadakan pemilihan bagi semua peringkat.
Bergolak tak.?..mesti bergolak...! Yang gila kuasa mesti bertanding...maruah, kata ...dia...Pelik...
ni.
Memang pelik sejak kebelakang.
Kalimah ALLAH,semudah itu dipertiksiaaikan.!
Tak cukup dengan itu...baru baru ni,
ada manusia yang mempersendakan dan sajian wadah berbuka puasa.
Adakah itu mencabar..!

Hi...malas nak cakap.Isu demi isu yang tak selesai....

Memang tak selesai

Salam.


Thursday, May 16, 2013

Selamat sejahtera semua.

PRU-13 telah berlalu.Keputusan PRU-13 telah diketahui.Kabinet telah dibentuk.Dan sekarang bermulalah tugas dan tanggungjawab selama 5 tahun.Tugasan pertama adalah menyusun fomula berkesan kearah perpaduan nasional.Ia bermula daripada serendah pra sekolah hingga tahap universiti dimana subjek SIVIK
perlu menjadi salah satu subjek utama disemua peringkat dan dikemaskini. Begitu juga dengan subjuk sejarah perlu dititik beratkan.Tampa memahami sejarah negara sendiri,masyarakat akan kabur dan mudah terjerumus kepada anasir yang merosakkan bangsa dan negara.Sudah sampai masanya genarasi sekarang memahami sejarah kelahiran Malaysia.Kita hanya sebuah negara yang muda tidak seperti Amerika atau negara barat.Sudah pasti dengan usia muda,berbagai masalah timbul tetapi Malaysia mampu menangani apa jua masalah dengan jayanya.

Didalam kita ghairah menunaikan janji yang ditabur pada PRU-13,jangan lupa,sasaran utama kita adalah pembangunan belia.Bukan setakat sukan sahaja malah pembangunan mental dan fisikal perlu diutamakan pada belia kita.Gerakkan semua persatuan belia yang ada.Selaraskn objektif yang diatur.Pantau semua persatuan. Jangan sampai ada nama tapi tiada ahli dan aktiviti.Ini adalah penyakit kebanyakkan persatuan diMalaysia.Kebanyakan tak terurus.Untuk itu dicadangkan penubuhan Unit Pemantau Persatuan.Dimana unit ini bertindak memberi panduan semasa mengurus persatuan.Unit ini saolah olah unit seketeriat bergerak memantau perjalanan persatuan.Jika ini dapat adakan kenyataan,percayalah,kebanyakan masalah persatuan yang dapat diatasi dan bergerak mengikut landasan.

Jembori tahunan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah hinggalah  kepada tahap belia.Setahun sekali berkumpul dan beriadah.Sematkan bibit motavasi kehidupan pada mereka.Saya percaya mereka ini akan merasa bersemangat lagi untuk meneruskan kehidupan.Oleh itu kepada mereka yang bijak pandai,mulakan usaha anda daripada sekarang untuk membentuk negara bangsa yang kuat jatidiri terhadap diri dan negara.

Untuk ini,sekali lagi diucapkan takniah kepada semua menteri kabinet terutama kapada YB KJ yang akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan.Berkhidmatlah saikhlasnya untuk bangsa agama dan negara.


Wednesday, April 3, 2013

Salam hormat.

Detik yang ditunggu telah tiba.YAB PM dah pun membuat pengisytiharaan "pembubaran parlimen"         setelah direstui oleh Yang Dipertuan Agung pagi tadi.Maka tiada lagi tertanya tanya bila PM nak           bubar Parlimen dan bila PRU-13.Jestru,dalam beberapa hari lagi,pihak SPR akan mengumumkan
tarikh penamaan calon dan tarikh PRU13.

Apabila tiba masa berkempen,bermacam macam berita yang akan kita dengar.Berita yang sahih               dan  berbau khabar angin bersilih ganti.Di sini perlu diingatkan bahawa kita perlu cerdik menilai             berita yang diterima terutama hal keselamatan awam.Khabar angin akan membuat masyarakat               resah dan ketakutan.Ingatlah,jangan jadikan khabar angin itu senjata menghuru-harakan suasana      pilihanraya.Biarlah proses PRU-13 berjalan dengan lancar dalam suasana masyarakat majmuk.

Suasana p/raya amat berwarna. Parti Pembangkang sibuk dengan manifesto yang sumbang,tak            masuk akal dan bodoh...! Tak kan nak undi orang yang bodoh macam mereka ni. Ada calon              mereka yang kaki b...t...! yang kaki betina,yang takda kaki pun ada nak jadi calon. sebab itu               Negeri Selangor,porak-peranda jadinya.Kedah dah tak jadi apa pun. Yang mereka tahu,tebang             hutan dan jual kayu balak.Kelantan,lagi hancur.Macam mana rupa Nik Aziz tu yang dah tua dan      beserabai.Nik Aziz punya pasal,Kelantan terpinggir dari arus pembangunan.Tak heranlah kita,
apabila dengar cerita orang Kelantan paling ramai cari makan di luar Kelantan.Kelantan ada apa...?

Bagi parti  BN,diingatkan,jangan ulangi kesilapan PRU-12 yang lalu.cari muka calon tempatan
yang sesuai.Muka lama yang malas mesti diganti yang lebih baik.Jangan jadi macam MP MUAR
yang malas dan hanya pandai berpolitik aja.Calon yang wibawa adalah calon yang berjiwa rakyat.
Kenapa kalau dulu dulu,wakil rakyatnya tak masuk universiti,tak kaya,tak popular tetapi mampu
menjadikan Malaysia yang indah saperti sekarang.Ingatlah wahai semua calun BN tiada siapa yang
terselamat daripada diadilkan oleh rakyat kecuali mereka yang benar benar layak dipanggil MP.

Tersalah undi padah jadinya.Jangan cuba cuba tukar kerajaan.Kerajaan bukan kaenderaan yang
membolehkan sesiapa boleh memandu jika ada lesennya...! Serupa juga dengan rumahtangga.                 Jangan ingat tukar isteri/suami rumahtangga akan lebih bahagia jika tidak ada usul periksa....!
Walhal,tiada sebuah parti di dalam Malaysia yang secemerlang BARISAN NASIONAL.
Kita tiada pilihan lain selain BN.Hanya BN mampu meneraju negara lebih efisien didalam suasana
masyarakat aman damai selari dengan wawasan negara maju pada 2020.

Wahai rakyat Malaysia..!buka mata,pasang telinga.Undi anda amat bermakna.Tunaikan kewajipan.
Keluarlah mengundi apabila tiba masa.Mereka yang tak mengundi tiada hak untuk mepertikaikan
atau komen apa jua tindakan kerajaan akan datang.Mereka ini adalah parasit bangsa dan negara.

Fikirlah semasak masaknya sebelum mengundi.

HIDUP BN
HIDUP UMNO.








Tuesday, February 26, 2013

Lagu Bangsa Johor 2012

Salam sejahtera semua.

Tidak dinafikan bahawa bahang PRU 13 sungguh terasa.Yang paling gawat adalah bakal bakal calun.Mereka semua tak boleh tidur.Didalam hati masing masing terfikir," adakah aku atau dia
yang dicalunkan".Ada yang sampai jumpa bomoh....! Cuba kita fikir,calun yang begini adalah
calun yang tiada karisma saorang pemimpin.Saorang pemimpin yang berkarisma sentiasa tenang
menghadapi tekanan.Ini,MP nak balik kampung pun takut...! Sebab apa,sebab MP ni takut
orang kampung mintak itu,ini.Takut duit dia keluar....!

Saorang MP sebenarnya tidak payah bawak duit banyak banyak... Orang kampung pun tak
mahu duit awak....! Cuba fikir,Kalau balik kampung bawaklah Pegawai Pendidikan,mungkin
ada diantara orang kampung ada masalah pembelajaran.Bawalah Pegawai Kebagikan ,
mungkin mereka memerlukan bantuan.Bawalah Pegawai Belia dan Sukan,mungkin sama
sama boleh aktif didalam pembangunan belia dan banyak lagi pegawai yang mampu
membantu pembangunan manusia setempat.

Sekarang zaman berbeza.Cara berkhidmat hendaklah berubah.Bukan sekadar menuggu
orang kampung datang ke Pusat Khidmat MP.Selain cara yang dicadangkan diatas, MP
perlu ada " Kaunter Khidmat Masyarakat".Dimana kaunter tersebut terletak di sabuah
kompleks perniagaan ternama di semua kawasan yang terlibat.Macam kaunter info pada
kompleks yang ada.Sebab,semua lapisan masyarakat dengan mudah,sambil membeli belah
dan boleh juga mendapatkan info,apa aktiviti bulanan kawasan,disamping boleh membuat
aduan,bantuan,mungkin sebulan sekali boleh berinteraksi dengan penduduk kawasan
melalui Video Comprrn,Video camp ke,atau gunakan teknologi IT sekarang ni.Tak
susah jika MP itu benarbertanggung jawab dan berkarisma.

Cuba fikirkan wahai bakal MP>

Salam Hormat.

Wednesday, February 20, 2013

Selamat Sejahtera Semua.

Demam PR13 melanda semua.dimana mana jua anda berada. Kadang kadang bosan dibuatnya.
Bosan apabila teringat kapada Ahli Pralimen Muar,(tempat ku lahir) gagal mengatasi masalah " Pembiakan Biawak dan Ular" di komplek renang dan tenis daerah Muar.Paling malang sekali,MP Muar adalah Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.Apa dah jadi YB Razali....!
Malu apabila rakan daripada luar datang ke Muar.Pasti mereka bertanya,"apa dah jadi dengan
komplek tersebut....!".
Kalau macam iniulah,jika YB Razali masih jadi calun MP Muar,pasti ramai yang tidak memangkah
beliau kerana YB Razali tidak berkemampuan menjalankan tugasnya sebagai MP.
Kapada pucuk pimpinan saya nasihatkan supaya berhati hati memilih calun PR13 nanti.
Kami tidak mahu MP yang malas kerja dan berpolitik berlebihan.


Kepada pengundi kawasan parlimen Muar,jika muka muka lama juga dicalunkan,anda dinasihatkan
fikir 1000 kali sebelum memangkah.

Sekian.fikirkanlah.

Tuesday, May 3, 2011

DIMANA KITA SEKARANG.......?

Salam sejahtera.

April baru saja meninggalkan kita.Berbagai yang telah dilalui.Suka duka perkara biasa tetapi adakah kita mampu mengharungi gelumbang hidup yang sentiasa menuntut ketabahan untuk terus hidup.....? Cuba kita lihat disekeliling kita,adakah kita cuma memadai apa yang kita ada....? atau banyak lagi yang mesti diusahakan....?

 Tiada siapa yang ingin hidup susah didalam dunia ini.Semua orang kehendakkan kesenangan.Kadang kadang terlampau mengejar kesenangan,manusia sanggup lakukan apa saja.Tidak hairanlah jika terdampar dimuka akhbar,berita berita rompakan,pembunuhan,rasuah,penipuan dan berbagai masalah sosial didalam masyarakat kita.

 Dimanakah silapnya...

Kenapa kita selalu salahkan orang lain....jika terjadi sesuatu yang buruk menimpa kita... Kenapa tidak menyalahkan diri sendiri dahulu daripada terus menunding jari pada orang lain dan terus melinting. Kesabaran terhakis oleh kemarahan.Pada ketika itu semua orang tak betul.Hanya kita saja yang benar.Itulah yang terjadi kepada gulungan yang kurang jatidiri,

Bermula dari rumah....

Segala galanya bermula daripada rumah.Bapa menjadi contoh kepada anak anak.Jika bapa tidak menunjukkann sifat yang baik kepada anak anak dan hanya mengharapkan pihak sekolah.....pasti masalah akan timbul.Kalau tidak masalah pelajaran,masalah sosial pula akan timbul, Ramai yang menyalahkan pihak sekolah jika anaknya gagal didalam pelajaran.Tidak hairan terdapat penjaga yang inginkan anaknya bersekolah pilihan mereka..
Tetapi,sekolah semua sama cuma mungkin berbagai keperluan berbeza.Asasnya,usaha yang berterusan. bukan pilih sekolah.Pencapaian yang cermerlang tampa usaha berterusan akan memalapkan lorong kejayaan  hidup,Kejayaan hidup bukan sekadar hanya memiliki segulung ijazah.Ia merti bersama displin yang tinggi,ketepatan dan kepantasan menyelesaikan masalah dan memiliki kesabaran dan ketabahan.

Masyarakat yang berjaya....

Pendidikan adalah salah satu daripada asas pembangunan masyarakat.Sebab itu terdapat berbagai peluang melanjutkan pelajaran diperbagai peringkat .Pendidikan yang menjana kerjaya yang selesa melangsungkan tanggung jawab keluarga bahagia.Tetapi melahirkan masyarakat yang berjaya,bukan mudah.Toleransi yang tinggi adalah dituntut.Menghormati dan memahami budaya dan juga agama satu sama lain adalah perlu. Mengenali sejarah bangsa adalah penting.Kerjasama antara satu sama lain didalam masyarakat adalah dinding keutuhan bermasyarakat.Tampa kerjasama,masyarakat akan pincang.

Dimana silapnya....

Sampai masanya matapelajaran " MALAYSIAN STUDIES" ( terdiri daripada subjek,geografi dan sejarah Malaysia dan juga subjek sivik ) dijadikan matapelajaran teras begi semua peringkat hinggakan ke institut pengajian tinggi.Dengan modul yang sesuai pasti genarasi akan datang lebih memahami dan menyayangi  diri sendiri,keluarga,bangsa dan agama serta negara.
Bagi mendisplinkan pelajar,kerajaan perlu mengambil bekas tentera dan melantik mereka sebagai guru displin
Tentera yang akan menamatkan perkhidmatan akan diberi kursus khas mendisplinkan pelajar dan setelah itu ditempatkan di setiap sekolah dilantik sebagai guru displin, Disini,pihak kerajaan tidak payah membelanjakan belanjawan tambahan untuk tujuan itu.Dengan kehadiran guru displin yang dicadangkan tadi masalah displin pelajar akan dapat perbaiki berdasarkan pengalaman bekas bekas anggota tadi.Bukan itu sahaja,peluang sebegini akan menaiktaraf ekonomi bekas anggota dan bukan hanya bakal menjadi pengawal keselamatan sahaja.
Bagi membetukan perana guru kaunseling,ia perlu dilantik pada mereka(guru) telah melalui pepereksaan STPM.Kekurangan maklumat  tentang tingkatan enam maka kebanyakan guru kaunseling yang ada sekarang tidak dapat menilai betapa baiknya melalui tingkanan enam.Disini penuntut lebih matang dan bersedia mengharungi alam pembelajaran di universiti nanti.Tidak hairan jika terdapat penuntut masih kabur memilih jurusan mahu pun universiti yang diidamkan kerana guru kaunseling pun ada yang kabur dengan tugasnya.

Menjelang separuh tahun 2011....

Didalam sibuk memperbetulkan  dan mengurangkan kesilapan yang berterusan,diam tak diam kita menghampiri enam bulan kedua untuk tahun ini.Kos hidup makin bertambah.Yang turun hanya hujan tapi kadang kadang tak hujan pun.Masyarakat mula mengeluh dan seharusnya pemimpin mencari jalan sepaya keluhan masyarakat di ambil kira.Keputusan pilihan raya mencerminkan keluhan masyarakat dan ingat,yang pasti pilihanraya umum ke 13 menjelang tiba.Parti manakan menjadi pilihan masyarakat.Yang pasti pemilihan bukan berlandaskan emosional tapi merit.Diharapkan jangan terjadi menang sorak kampung tergadai.

Hingga dilain edisi,
Salam sejahtera untuk semua.