Monday, September 27, 2010

Tanya Diri Sendiri

Salam untuk semua.

Aidil fitri datang dan pergi.Hingga kini ia masih dihati.Ikhlas atau tidak kemaafan, tidak pula kita duga dan senyuman yang dilemparkan adakah terpaksa...!

Ikhlas adalah penting.Tampa keikhlasan,kita akan tersasar jauh daripada tujuan.

Cuba kita imbas kembali,sejauh mana keikhlasan kita selama ini...adakah ia berada ditahap yang sebaiknya
atau sebaliknya.
Samapi bila kita mesti bermuka muka...
Sampai bila kita harus mempersiakan keikhlasan
didalam hidup kita.

Yang muda sibuk dengan keinginan cepat dewasa dan yang tua hanya memikirkan
masalah semasa.
Sampai bila...
Tahukah yang muda tidak akan tetap muda...
adakah sudah bersedia untuk melangkah masuk kancah dunia dewasa...
adakah hanya cukup modal cinta untuk berumahtangga...
adakah hanya cukup kertas kertas sijil/diploma/ijazah untuk ditaja menjana kerja...
adakah hanya cukup paras rupa...
adakah hanya cukup disara oleh keluarga sampai bila bila...

Bagi yang tua,hanya sibuk dengan masalahnya hingga terlupa tanggungjawab sebagai ibubapa.
Masalah disiplin dan sosial anak anak bermula dari rumah dan bukan menunding jari pada sesiapa.
Sanggupkah kita melihat pembuangan bagi merata rata disebabkan oleh ibubapa yang lalai dengan tanggungjawab mereka.

Sayangkan anak bukan bermaksud biarkan mereka buat ikut suka.
Sayangkan anak bukan bermaksud belikan apa yang diminta.
Sayangkan anak bukan bermaksud dibelai hingga terlalu manja.

Semalam tidak akan sama hari ini atau esok tetapi buatkan semalam sebagai ikhtibar dan kurangkan
kesilapan untuk terus hidup.


Seribu satu macam dugaan akan mendatang tampa diduga...,
adakah kita sudah bersedia untuk mengharunginya...

Oleh itu lengkapkan jatidiri,lebih fokas,bertanggungjawab,kuat berusaha dan jangan lupa diri....

Salam untuk semua.

Let It Be.

Sunday, September 12, 2010

Epilog selepas Aidilfitri

Salam sejahtera dan salam satu malaysia.

       Kemeriahan aidilfitri yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam telah pun kita lalui setelah sebulan berpuasa menahan lapar dahaga. Pelbagai kenangan, pengalaman dilalui oleh kita sebelum menyambut takbir dipagi raya, menyimpan sejuta memori indah, sedih, pilu, gembira bercampur aduk menjadi epilog dalam perjalanan kita menuju ke alam yang kekal abadi. Namun apapun cara kita meraikan hari kemenangan kita, apa yang seharusnya ada dijiwa seluruh umat Islam ialah keinsafan betapa agungnya kekuasaan Allah sehingga setiap umat Islam merasakan kegembiraan apabila takbir bergema.
       Hari ini hari keempat aidilfitri menjenguk kita. Kemeriahan sudah semakin pudar, hilang seri setelah tanggungjawab tugas mula menggamit kita kembali pulang ke kota menjalani kehidupan seperti biasa dengan rutin yang telah kita cipta. Baju raya, biskut raya menjadi tetamu di pejabat-pejabat pula dengan pelbagai warna dan rasa. Perbualan satu topik kepada satu topik tentang raya di kampung menjadi agenda utama di meja-meja pejabat sehingga terlupa kertas-kertas yang belum difotostat.Masih mood raya ! Mencari-cari, mendengar-dengar di mana ada rumah terbuka, dapat makan percuma jimat duit makan satu hari. Apalagi poket dah semakin nipis, habis buat belanja sebelum raya dan angpau anak-anak buah di kampung.
       Epilog perjalanan selepas aidilfitri menjadi semakin sukar jikalau kita tidak beringat ketika berbelanja sebelum menyambut aidilfitri. Namun kepada yang terlebih dahulu bijak menyusun atur bajet, tidak menjadi masalah walaupun sebulan beraya. namun hari ini masyarakat kita memang semakin bijak berbelanja, tahu mana barang keperluan dan mana barang kemewahan. Tetapi apa yang dikesalkan, satu perkara yang tidak dapat dirancang dengan baik oleh masyarakat kita ialah apabila masuk bab makan. Terlalu membazir !Inilah yang tidak dapat dikawal bermula bulan puasa hinggalah raya. Makanan yang disediakan seolah-olah untuk dimakan beratus-ratus orang. Sampai bila kesedaran akan timbul masih perlu diberi perhatian.
       Demikianlah sekelumit bagaimana epilog perjalanan selepas aidilfitri yang dilalui oleh ,masing-masing mengikut apa yang kita cipta sendiri sebelum raya. Apa yang perlu ialah kesederhanaan dalam apa yang jua yang kita lakukan agar dirahmati Allah dan diberkati walau apapun yang kita lakukan.

Terima kasih.


Let It Be.

Sunday, September 5, 2010

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri

Asalamualaikum dan salam aidilfitri

       Hari raya aidilfitri datang lagi. Hanya tinggal empat hari lagi seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan kita setelah berpuasa sebulan. Syawal datang lagi meninggalkan ramadhan yang mulia. Ramadhan bulan untuk beribadat dan syawal bulan untuk beraya. Bermakna kita akan meninggalkan satu pengalaman yang mencatat seribu satu macam kelainan biarpun ibadat puasa tidak pernah lupa menjenguk kita setiap tahun. Puasa pada tahun ini pasti berbeza dengan puasa tahun-tahun lepas, ada suka-duka yang kemudiannya menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup kita.
       Hari raya sinonim dengan kegembiraan. Keseronokan raya semakin dirasai terutama kanak-kanak. Walaupun orang dewasa sibuk membeli-belah untuk hari raya, namun boleh dikatakan kepuasan untuk orang dewasa adalah kejayaan menyempurnakan ibadah puasa sebulan. Ini kerana kita tidak tahu adakah tahun depan kita masih dapat merasai berpuasa. Justeru berakhirnya Ramadhan sewajarnya dirai dan diratapi.
       Kemeriahan dalam sepuluh malam sebelum berakhirnya Ramadhan diserikan lagi dengan malam tujuh likur. Selain sepuluh malam ini,  menuntut kita mempertingkat amalan ibadah , tujuh likur juga harus diraikan. Teringat sewaktu kecil, suasana kampung akan terang benderang dengan cahaya lampu likur yang dipasang oleh setiap rumah.Kanak-kanak bergembira, bermain bunga api, orang-orang perempuan pula sibuk buat kuih bahulu, batang buruk, bangkit  yang kini menjadi sebutan " kuih eksotik " oleh generasi muda sekarang. Dan kini, tujuh likur tidak lagi diraikan. Keriangan itu berlalu pergi bersama kesibukan dan terangnya lampu-lampu neon sepanjang jalan. Generasi muda kini tidak lagi tahu apa itu pelita likur. Terang cahaya bulan pun kini dilitupi oleh kuatnya cahaya lampu KLCC. Suatu pengalaman hidup yang tidak dapat dirasai oleh anak cucu kita, walaupun pengalaman kita diceritakan kepada mereka, namun mereka tidak akan dapat merealisasikan dalam kehidupan .
       Menyambut raya bukan bermakna kita harus berbelanja lebih. Tidak semestinya untuk menyambut raya kita harus menyediakan segala yang baru termasuk pakaian, perabot, kereta, rumah dan sebagainya. Namun, itulah anggapan yang ada dalam sanubari setiap insan yang akan menyambut raya. Harus belanja untuk raya. Berbelanja memang digalakkan di samping dapat menjana ekonomi negara, tetapi bagi yang kurang kemampuan haruslah berpijak di bumi yang nyata dan tahu adakah mereka harus berbelanja atau tidak. Sindrom untuk bergaya apabila balik kampung sangat berbahaya. Kesedaran ini masih berada pada tahap rendah untuk masyarakat kita kerana bagi mereka balik kampung untuk raya mesti bergaya. Tidak kira apapun cara yang penting bergaya. Sebaiknya perkara ini diberi perhatian dan harus kita ingat bahawa hari raya yang paling dituntut ialah bermaaf-maafan sesama kita dan saling kunjung mengunjungi.
      Marilah kita menyambut hari raya aidilfitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan betapa kita begitu kerdil di sisi Allah Azzawajala. Itulah kunci bagaimana untuk kita menjadi insan yang serba sederhana dalam hidup ini. Sambutlah hari raya kerana itu memang dituntut dalam Islam tetapi bersederhanalah kerana itulah nikmat menyambut raya. Salam takzim penuh keinsafan untuk semua. Ampun maaf zahir dan batin .
Selamat Hari Raya Aidil Fitri ! Allahuakhbar ! Allahuakbar ! Allahuakhbar


Terima kasih.