Salam sejahtera dan salam satu malaysia.
Kemeriahan aidilfitri yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam telah pun kita lalui setelah sebulan berpuasa menahan lapar dahaga. Pelbagai kenangan, pengalaman dilalui oleh kita sebelum menyambut takbir dipagi raya, menyimpan sejuta memori indah, sedih, pilu, gembira bercampur aduk menjadi epilog dalam perjalanan kita menuju ke alam yang kekal abadi. Namun apapun cara kita meraikan hari kemenangan kita, apa yang seharusnya ada dijiwa seluruh umat Islam ialah keinsafan betapa agungnya kekuasaan Allah sehingga setiap umat Islam merasakan kegembiraan apabila takbir bergema.
Hari ini hari keempat aidilfitri menjenguk kita. Kemeriahan sudah semakin pudar, hilang seri setelah tanggungjawab tugas mula menggamit kita kembali pulang ke kota menjalani kehidupan seperti biasa dengan rutin yang telah kita cipta. Baju raya, biskut raya menjadi tetamu di pejabat-pejabat pula dengan pelbagai warna dan rasa. Perbualan satu topik kepada satu topik tentang raya di kampung menjadi agenda utama di meja-meja pejabat sehingga terlupa kertas-kertas yang belum difotostat.Masih mood raya ! Mencari-cari, mendengar-dengar di mana ada rumah terbuka, dapat makan percuma jimat duit makan satu hari. Apalagi poket dah semakin nipis, habis buat belanja sebelum raya dan angpau anak-anak buah di kampung.
Epilog perjalanan selepas aidilfitri menjadi semakin sukar jikalau kita tidak beringat ketika berbelanja sebelum menyambut aidilfitri. Namun kepada yang terlebih dahulu bijak menyusun atur bajet, tidak menjadi masalah walaupun sebulan beraya. namun hari ini masyarakat kita memang semakin bijak berbelanja, tahu mana barang keperluan dan mana barang kemewahan. Tetapi apa yang dikesalkan, satu perkara yang tidak dapat dirancang dengan baik oleh masyarakat kita ialah apabila masuk bab makan. Terlalu membazir !Inilah yang tidak dapat dikawal bermula bulan puasa hinggalah raya. Makanan yang disediakan seolah-olah untuk dimakan beratus-ratus orang. Sampai bila kesedaran akan timbul masih perlu diberi perhatian.
Demikianlah sekelumit bagaimana epilog perjalanan selepas aidilfitri yang dilalui oleh ,masing-masing mengikut apa yang kita cipta sendiri sebelum raya. Apa yang perlu ialah kesederhanaan dalam apa yang jua yang kita lakukan agar dirahmati Allah dan diberkati walau apapun yang kita lakukan.
Terima kasih.
Let It Be.
No comments:
Post a Comment