Tuesday, February 26, 2013

Lagu Bangsa Johor 2012

Salam sejahtera semua.

Tidak dinafikan bahawa bahang PRU 13 sungguh terasa.Yang paling gawat adalah bakal bakal calun.Mereka semua tak boleh tidur.Didalam hati masing masing terfikir," adakah aku atau dia
yang dicalunkan".Ada yang sampai jumpa bomoh....! Cuba kita fikir,calun yang begini adalah
calun yang tiada karisma saorang pemimpin.Saorang pemimpin yang berkarisma sentiasa tenang
menghadapi tekanan.Ini,MP nak balik kampung pun takut...! Sebab apa,sebab MP ni takut
orang kampung mintak itu,ini.Takut duit dia keluar....!

Saorang MP sebenarnya tidak payah bawak duit banyak banyak... Orang kampung pun tak
mahu duit awak....! Cuba fikir,Kalau balik kampung bawaklah Pegawai Pendidikan,mungkin
ada diantara orang kampung ada masalah pembelajaran.Bawalah Pegawai Kebagikan ,
mungkin mereka memerlukan bantuan.Bawalah Pegawai Belia dan Sukan,mungkin sama
sama boleh aktif didalam pembangunan belia dan banyak lagi pegawai yang mampu
membantu pembangunan manusia setempat.

Sekarang zaman berbeza.Cara berkhidmat hendaklah berubah.Bukan sekadar menuggu
orang kampung datang ke Pusat Khidmat MP.Selain cara yang dicadangkan diatas, MP
perlu ada " Kaunter Khidmat Masyarakat".Dimana kaunter tersebut terletak di sabuah
kompleks perniagaan ternama di semua kawasan yang terlibat.Macam kaunter info pada
kompleks yang ada.Sebab,semua lapisan masyarakat dengan mudah,sambil membeli belah
dan boleh juga mendapatkan info,apa aktiviti bulanan kawasan,disamping boleh membuat
aduan,bantuan,mungkin sebulan sekali boleh berinteraksi dengan penduduk kawasan
melalui Video Comprrn,Video camp ke,atau gunakan teknologi IT sekarang ni.Tak
susah jika MP itu benarbertanggung jawab dan berkarisma.

Cuba fikirkan wahai bakal MP>

Salam Hormat.

Wednesday, February 20, 2013

Selamat Sejahtera Semua.

Demam PR13 melanda semua.dimana mana jua anda berada. Kadang kadang bosan dibuatnya.
Bosan apabila teringat kapada Ahli Pralimen Muar,(tempat ku lahir) gagal mengatasi masalah " Pembiakan Biawak dan Ular" di komplek renang dan tenis daerah Muar.Paling malang sekali,MP Muar adalah Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.Apa dah jadi YB Razali....!
Malu apabila rakan daripada luar datang ke Muar.Pasti mereka bertanya,"apa dah jadi dengan
komplek tersebut....!".
Kalau macam iniulah,jika YB Razali masih jadi calun MP Muar,pasti ramai yang tidak memangkah
beliau kerana YB Razali tidak berkemampuan menjalankan tugasnya sebagai MP.
Kapada pucuk pimpinan saya nasihatkan supaya berhati hati memilih calun PR13 nanti.
Kami tidak mahu MP yang malas kerja dan berpolitik berlebihan.


Kepada pengundi kawasan parlimen Muar,jika muka muka lama juga dicalunkan,anda dinasihatkan
fikir 1000 kali sebelum memangkah.

Sekian.fikirkanlah.