Salam untuk semua pembaca.
Tidak berapa hari lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53tahun.
Tetapi dirasakan makin lama makin pudar semangat kemerdekaan itu sendiri.Ia mungkin
disebabkan masyarakat kita terlampau sibuk memikirkan perjalanan hidup semas.
Untuk mencari jalan penyelesaian,saya berpendapat,pertama,institusi rumahtangga perlu bertanggung jawab mendidik dan mengawari anak2.Tetapi,terlebih dahulu ibubapa perlu menunjukan contoh yang baik kepada anak2.
Kedua..pendidikan sivik perlu dijadikan mata pelajaran utama.Dimana module yang lebih fokas menerangkan adat resam budaya dan agama yang terdiri daripada berbagai kaum di Malaysia kepada pelajar.Sivik bukan sahaja diajar disekolah malah hingga keperingkat universiti.
Ketiga..NGO perlu mainkan peranan membantu usaha menerap dan memahami daripada mana kita merdeka dan bagai mana dan siapa dibelakang kemerdekaan itu.
Diharapkan,janganlah kita lupa,bagaimana kejatuhan kemasyuran negeri Melaka zaman dulu.Janganlah kita menjadi pendatang haram dibumi kita.
terima kasih.
Saya setuju jika pelajaran sivik di jadikan matapelajaran utama, kekurangan kesedaran sivik menjadi punca berbagai masalah dalam masyarakat sekarang.
ReplyDeleteDulu sewaktu matapelajaran sivik diajar disekolah keadaan tidak seteruk sekarang.