Thursday, August 26, 2010

masalah sosial - buang bayi.

Salam Ramadhan.

Pada akhir2 ini,kes pembuangan bayi terjadi.Apa kah sebabnya dan bagaimana mengatasinya.Banyak di perkatakan.Mahu pun dalam seminar,perbincangan atau pendapat2 daripada berbagai.Namun kes tersebut tetap berlaku.
Disini saya cadangkan beberapa langkah kearah penyelesaian.
1.Sistem pendidikan terutama module mata pelajaran sivik perlu digubal daripada peringkat sekolah rendah hinggalah diuniversiti.Terapkan module akibat daripada masalah sosial.Letakkan mata pelajaran tersebut kapada mata pelajaran teras.
2.Semua mata pelajaran agama mahu pun pendidikan moral [bagi bukan umat islam ],perlu lebih menitik beratkan akibat buruk daripada masalah sosial.
3.Adakan kelas atau pendidikad formal untuk semua keluarga [ibubapa ] bertujuan memberi pendedahan betapa malunya jika terjadi masalah tersebut kapada mereka dan bagaimana mengatasi nya
4.Semua NGO mahu pun parti2 politik mencari jalan menghuraikan masalah tersebut bukan hanya pandai berpolitik saja.
5.Ujudkan satu kumpulan penggerak diperingkat kampung [sebagai mata dan teling].Bertindak sebelum terjadinya kes2 saumpama ini.
6.Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kapada ibubapa yang tidak mengawal tingkah laku anak2.
7.Guru pembimbing [kalau dulu dipangil kaunselor],perlu lebih proaktif didalam menangani masalah tersebut.
Adakan pameran2 kesen kes tersebut.Dari sudut sekolah,guru tersebut perlu banyak maklumat dibincangkan dengan para pelajar.Seharusnya guru tersebut menyediakan profile semua pelajar.Adakan group dan individual kaunseling kapada setiap pelajar,setiap tahun,bagi mengetahui latarbelakang pelajar.Janganlah hendahnya guru kaunseling berpeluk tubuh dan hanya menyedari kes tersebut sudah terjadi pada pelajar mereka.Guru kaunseling perlu memahami apa itu tugas sebagai kaunselor....
8.Pihak kementerian pelajaran mahu pun kementerian pengajian tinggi perlu melantik bekas anggota tentera atau polis untuk dilantik sebagai guru disiplin.Mereka ini adalah dikalangan yang terlatih disiplinnya.
9.Pihak Polis,kementerian kebajikan masyarakat mahu pun NGO,perlu memberi ceramah disekolah-sekolah mahu pun diuniversiti,risiko masalah sosial.

Mungkin banyak lagi cara yang proaktif perlu digembeling bagi mengatasi masalah tersebut.

Akhir kata,sentiasa ambil tahu dan perhatikan tingkah laku anak2.Anak2 jika dibiarkan tampa pengawasan ibubapa,anak2 kita akan jadi saperti anak ayam mati emak.

Sama samalah kita mengambil ikhtibar.

Terima kasih.

Salam.

1 comment:

  1. Akhbar juga sepatutnya tidak membesar-besarkan sebarang kes sosial. Kita lihat apa yang terjadi di negara jiran kita, apabila ariel, luna maya dan cut tari ada skandal dalam video lucah, maka bertambah banyak kes-kes salahlaku seks berlaku akibat dari video tersebut.

    Selalu kes sosial mendapat tempat dimuka depan Harian Metro. Kita tahu akbar perlu melariskan jualan tetapi menjadikan kes sosial sebagai tarikan untuk pengguna membeli akhbar ada juga kesan negatifnya.

    ReplyDelete