Thursday, October 14, 2010

Matlamat Untuk Berjaya.

Salam untuk semua.

Hampir 80% pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya ? Tanpa matlamat hidup anda sia-sia, tanpa matlamat juga masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari.
       Memang benar, imaginasi dan impian itu lebih berkuasa daripada ilmu pengetahuan. Ini kerana impian akan mendorong tindakan seseorang. Impian juga akan mencetus kegigihan. Impian yang bersungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
       Sedarkah anda bahawa terdapat begitu ramai orang yang gagal dalam hidup mereka pada hari ini sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan mereka. Misalnya sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang cuci, cuba anda tanya padanya apakah dia tahu seandainya ketika dibangku sekolah dahulu dia belajar dengan tekun, pastinya hari ini mungkin dia bergelar doktor ? apa agaknya jawapannya ? Pasti dia menyatakan bahawa dia tahu hal itu.
       Inilah bukti bahawa seseorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati dengan hidupnya sekarang ? Ini masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak mempunyai matlamat dan tidak memiliki inspirasi yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
       Selepas ini, tenangkan fikiran anda dan fikirkan soalan-soalan ini :
1. Apa yang aku mahukan dalam hidup ini ?
2. Bila aku mahukannya ?
3. Kenapa aku mahukannya ?
4. Bagaimana aku boleh mendapatkannya ?

Terima kasih

Let It Be

 

No comments:

Post a Comment